Tuesday, June 30, 2009

BRAVO MAHFUZ...!

TAHNIAH kepada Datuk Mahfuz Omar yang telah mencerminkan wajah sebenar ULAMA PAS dengan memberi gelaran baru kepada Barisan Nasional sebagai "BINI NAJIB"

Inilah hasil dari didikan Nik Aziz yang sering menggelarkan BN dengan pelbagai gelaran dan tohmahan. Akibatnya, anak didiknya sendiri, Mahfuz berasa begitu bangga dengan gelaran yang beliau ciptakan. Gamaknya, apakah perasaan Mahfuz ni kalau bininya di beri pelbagai gelaran... Wallahuallam..

SELAMAT BERKEMPEN DI MANEK URAI

SELAMAT BERKEMPEN....PATUHI ETIKA BERKEMPEN
...JANGAN TIRU MACAM NIK AZIZ NIK MATPUNYA KEMPEN
...BERKEMPENLAH CARA TUAN AZIZ TUAN MAT
Pemilihan calon BN kali ini memang sesuai...untuk me"lokalisasi" kan Manek Urai! Pangkah BN !!!

Tuesday, June 23, 2009

UG TAK JADI ? UMNO MEMANG TAK KEBULOQ PUN...!


UG? Kerajaan Perpaduan? Hahaha...Sudah ku jangka...memang tidak akan menjadi punya!Tahniah kepada Ustaz Nash yang telah lulus dalam ujian kelayakan kali kedua sebagai Timbalan Presiden PAS. Ustaz Nash telah menunjukkan satu komitmen kerja yang jitu sebagai seorang timbalan yang amat patuh kepada idea-idea Presiden! Maki hamun serta beberapa tohmahan telah berjaya ditadah telinganya sebagai syarat untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PAS.Idea-idea saranan Haji Hadi ini juga dikatakan oleh beliau sendiri sebagai satu fitnah dari UMNO untuk memorak perandakan rumah tangga halal haram di dalam Pakatan Pembangkang itu sendiri. Fitnah? Sapa fitnah sapa?Mula-mula lagi Des dah cakap, Kerajaan Perpaduan nie sebenarnya berkisarkan mengenai pengorbanan. Siapa pemimpin yang sanggup korbankan jawatannya yang disandangnya sekarang untuk diberi kepada orang lain jika idea Hadi ini diterima?Nik Aziz sendiri kecut perut bila idea nie nak dikembang-kembangkan oleh sesetengah penyokong PAS. Sanggupkah dia korbankan jawatan kontrak sampai masuk kubur a.k.a Menteri Besar Kelantan kepada orang lain? Mintak maaf leee...!Memang elok benar la tak jadi pun. UMNO/BN sendiri pun sebenarnya tidak mengharap sangat pun. Macam Tun Dr. Mahathir pernah katakan, PAS sebenarnya hanya ingin mengembangkan pengaruh dia sahaja tanpa berusaha untuk melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan. Partner macam ini memang tak perlu diajak berunding, buang masa dan tenaga sahaja!Dalam Pakatan Pembangkang pun PAS sebenarnya masih cuba mengembangkan pengaruhnya. Tetapi, masalah besar yang dihadapi mereka adalah kedudukan mereka sebagai "konon" nya orang lama, telah terperosok jadi golongan minoriti.PAS di dalam Pakatan Pembangkang seperti mana yang kita tahu selama ini, hanya menjadi tunggangan PKR dan DAP. Oleh kerana layanan-layanan seperti itu acap kali diterima oleh PAS, maka tidak hairanlah tindakan seperti yang mereka ambil demi mendapatkan perhatian dari dua lagi parti pakatan pembangkang. Ala...macam budak-budak kecik tak dapat apa yang dihajati, mula lah buat perangai menghemPAS-hemPAS badan. Kalau anak Des, dah lama kena tempeleng!Kini, PAS telah pun mendapat perhatian (untuk seketika sebagai habuan tutup mulut) dari kedua-dua partner nya. Entah apa yang dijanjikan oleh PKR dan DAP hingga menyebabkan Haji Hadi begitu gembira mengumumkan ideanya sendiri itu sebagai satu fitnah UMNO. Berseronoklah barang seketika, sebelum ditunggani semula seperti sedia ada...Kepada UMNO, tak perlu lagi memikirkan idea-idea Haji Hadi ini lagi. Penumpuan terhadap pemulihan ekonomi negara serta kawalan virus H1N1 lebih penting untuk difokuskan. Tahniah kepada Dato Najib yang sememangnya booolayan dengan mereka-mereka ini.Kalau dulu mereka tuduh UMNO tikam dari belakang...Sekarang Haji Hadi terang-terang menikam UMNO pula dari belakang...ENTAH DARI MANA HAJI HADI NI BELAJAR MENIKAM DARI BELAKANG PUN TAK TAU...nanti nak tanya DSAI..uppps!

Monday, June 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA.

Hargailah.....pengorbanan BAPA, BAPAK, AYAH, DADDY, ABI atau DAD anda. Kunjungilah atau ziarahilah mereka di kampung. Buat BAPA mereka yang telah kembali ke Rahmatullah buatlah TAHLIL (Kenduri Arwah) atau Baca Yassin dan apa-apa yang patut dari Anda, sebagai anak yang soleh dan solehah....insyaallah, mereka akan mendapat rahmat dari ALLAH SWT dan dijauhi dari azab kubur yang amat dasyat...Amin.

Tuesday, June 16, 2009

LAWAK GILA DARI DATUK SERI NIZAR....kahh..kahh..kahh???



PAS SENDIRI PUN TAK TAHU! Inikan pula parti-parti luar dari PAS...

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Presiden PAS sendiri. Nasharuddin berkata beliau tidak mengetahui sepenuhnya tindakan yang ingin dilakukan oleh Mohammad Nizar kerana beliau hanya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memakai lilitan lengan, dan oleh itu terkejut apabila Anggota Parlimen berkenaan bertindak lebih daripada itu.

KERAJAAN CAMPURAN IMPIAN DAN CADANGAN - HJ.HADI PRESIDEN PAS

APAKAH INI AKAN TERJADI ATAU HANYA MIMPI PEMIMPIN PAS ???


Thursday, May 28, 2009

YANG SEDIA BERKHIDMAT DI DUN REMBIA



Yang Berhormat: Hjh. Norpipah Binti Abdol

Portfolio:
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan


Alamat Pejabat:
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 1, Blok Bendahara,
Seri Negeri Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
Tel: +606-2307 507
Faks: +606-2328 390
Tel. Bimbit: +6012-6116 647
E-mel: norpipah@melaka.gov.my

PENYELARAS PEMUDA DUN RUMBIA

DUN REMBIA

PENGERUSI : Sdr. Azman bin Che Mat

NAIB PENGERUSI : Sdr. Fairul Nizam Bin Roslan

SETIAUSAHA : Sdr. Mohamad Radhi Bin Datuk Wira Hamdin

BENDAHARI : Sdr. Azerol bin Baharudin

PENERANGAN : Sdr. Rani bin Janas

Wednesday, May 27, 2009

Dewan Undangan Negeri - DUN REMBIA

Saturday, May 23, 2009

PEMBUKA BICARA DARI BLOG EDITOR

Assallammualaikum Dan Salam Sejahtera;

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan NYA, maka saya dapat menghasilkan BLOG (DAIRI PEMUDA DUN REMBIA) yang tujuan utamanya adalah menyalurkan dan menyampaikan maklumat-maklumat dan pelbagai aktiviti-aktivit semasa disekitar DUN REMBIA sama ada yang masih dirancangkan ataupun telah dilaksanakan kepada semua golongan penduduk di DUN REMBIA khasnya dan seluruh MALAYSIA amnya.